Hal Yang Perlu anda Lakukan Ketika Pindah Rumah

Hal Yang Perlu anda Lakukan Ketika Pindah Kerumah Baru. Ketika anda pindah dari rumah yang lama kerumah yang baru ternyata tidak hanya pindah begitu saja melainkan ada hal-hal yang perlu anda ketahui dan lakukan sebelum menempati rumah baru tersebut. Berikut adalah penjelasannya.

Hal Yang Perlu anda Lakukan Ketika Pindah Rumah

Azan

Mengumandangkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Hal ini baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh siapapun. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahwa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) maka akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang artinya; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Hal yang sering dilakukan adalah bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin saja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru tersebut.

Perbanyak Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang artinya: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahwa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan menyiram air Yassin di sekeliling rumah.

Caranya Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, siram dan percikan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Semoga bermanfaat

Post a Comment for "Hal Yang Perlu anda Lakukan Ketika Pindah Rumah"